Sunday, 5 January 2020

Tracking ke Latar Hammer - Part 1

4 January 2020

Ikutkan hati dah lama nak tulis blog. Tujuan utama tak lain sbb Cik Adik sejenis suka berkongsi pengalaman ke tempat2 yg menarik yg pernah kita pergi. Satu sbb mmg suka la hai hayati setiap benda yg indah di muka bumi Allah yg indah ini.

Jadinya utk tahun 2020 ni kita akan cuba catatkan perjalanan, gambar2 koleksi yg kita suka dan suka utk dijadikan rujukan akan datang kerana maklumat2 yg penting tu kebiasaannya akan kita lupa bila waktu berlalu. Maklumlah makin tua bukan makin muda :p

Kitorang ni main redah je nak ke sini. Ada 2 kereta - 6 dewasa, 2 orang kanak2. Semua pun pertama kali nak ke sini. Just baca dari blog orang lain. Sis google jumpa lah video yg terkini Rujukan YouTube terkini yg Cik Adik dapat

Kitorang Waze "Eco Valley". Pastikan korang pilih Eco Valley, Bentong bukan tempat lain ye. Parking kat area situ tak byk tempat nak letak kereta. Blh juga waze ke "Kebun Ayah".

Tempat parking yg luas sedikit ada di Kebun Ayah cumanya nak ke situ dari tempat kami parking (gambar di bawah) keadaan jalan tak sesuai utk kereta sedan biasa. Takut sangkut sebab jalan tak rata. So kena jalan dlm 700 meter dari sini baru jumpa Kebun Ayah tapi OK je pun santai jalan2.





 Jom mula! Sepak2 daun je berjalan.. 


Sis dah lama mereput.. memang teruja lah nak tracking ke Lata Hammer ni

Korang akan jumpa sebelah kiri lokasi Kebun Ayah. Sebelum nampak gate ni, sebalah kanan korang akan nampak tempat letak kereta. Sis tak ambil gambar tempat parking tu. Kat Kebun Ayah ada jual air mineral, ada tempat mandi dan tempat menginap. Korang boleh cuba google kalau nak tahu lebih lanjut.


Tak jauh dari Kebun Ayah korang akan jumpa tanda arah ni. 2km untuk ke air terjun Lata Hammer. Berjalan dalam beberapa meter korang akan jumpa sungai untuk seberang. Masa kami ke sini air tengah banyak dan agak deras. So nak merentas air sungai tu agak mencabar


Gambar atas ni dari arah nak balik bukan masa pergi. Masa ni je sis sempat nak ambil gambar hahaa.. Masa datang tu sbb tercenggang betul ke kena redah air sungai ni? Omggg.. besar juga lah kan.. ingat kecik2 je. Kalau tengok gambar blog lain masa air sikit tak de apa sangat. 

Masa sis pergi ni air paras lutut dan peha. Batu besar2 dan licin. Air kat tengah2 tu deras lah juga hahaa.. so pandai2 lah imbangkan badan. Sis nak imbangkan badan kena lah pegang batu tu sana sini so beg kat belakang kena air sikit lah. Kalau tak nak barang basah dlm beg lebih baik masukkan dlm plastik atau waterproof hyper gear atau apa2 lah. Pandai2 le korang kan.. ^^








Track dia cantik lah juga dan besar. Bukan lah track kecil. Korang boleh je pakai sandle khas untuk tracking sbb ada 2 anak sungai kena rentas sebelum tiba tempat berkhemah di air terjun

Suka gambar buluh merentas tracking yg kitorang lalu ni.. Kawan sis suka amik gambar dari belakang. Sis pun nak jugak lah!













Kasi can sis pulak nak posing you olls Hahaaa.. jgn tak de gambar orang kata nanti menyesal! Ehh panjang pulak nak cerita. Sambung lah kemudian moment kami sampai ke Lata Hammer dan air terjun nya. 

Harap jgn lupa nak sambung cerita pulak... ^^





No comments:

Post a Comment