Ikutkan hati dah lama nak tulis blog. Tujuan utama tak lain sbb Cik Adik sejenis suka berkongsi pengalaman ke tempat2 yg menarik yg pernah kita pergi. Satu sbb mmg suka la hai hayati setiap benda yg indah di muka bumi Allah yg indah ini.
Jadinya utk tahun 2020 ni kita akan cuba catatkan perjalanan, gambar2 koleksi yg kita suka dan suka utk dijadikan rujukan akan datang kerana maklumat2 yg penting tu kebiasaannya akan kita lupa bila waktu berlalu. Maklumlah makin tua bukan makin muda :p
Kitorang ni main redah je nak ke sini. Ada 2 kereta - 6 dewasa, 2 orang kanak2. Semua pun pertama kali nak ke sini. Just baca dari blog orang lain. Sis google jumpa lah video yg terkini Rujukan YouTube terkini yg Cik Adik dapat
Kitorang Waze "Eco Valley". Pastikan korang pilih Eco Valley, Bentong bukan tempat lain ye. Parking kat area situ tak byk tempat nak letak kereta. Blh juga waze ke "Kebun Ayah".
Tempat parking yg luas sedikit ada di Kebun Ayah cumanya nak ke situ dari tempat kami parking (gambar di bawah) keadaan jalan tak sesuai utk kereta sedan biasa. Takut sangkut sebab jalan tak rata. So kena jalan dlm 700 meter dari sini baru jumpa Kebun Ayah tapi OK je pun santai jalan2.
Jom mula! Sepak2 daun je berjalan..
